Lebih kurang 550 jemaah haji meninggal dunia akibat suhu panas yang melampau ketika menunaikan ibadah haji di Makkah, pada Selasa.
Menurut seorang individu menggunakan nama Thehulkey di Laman X, abang kandungnya yang ketika ini sedang menunaikan haji melaporkan terdapat lebih kurang 9 jemaah haji Malaysia yang turut mengalami nasib yang sama apabila mengalami kekurangan oksigen dan juga strok haba ketika dalam perjalanan ke Arafah.
“Kejadian itu berlaku ketika ibadah haji didalam terowong dan juga sebelum memasuki terowong dengan kepanasan ketika ini mencecah 47 darjah Celcius dan dijangka akan meningkat.
“Disana para doktor dan pakar perubatan bergegas untuk merawat para jemaah disana sebagai bekalan dan bantuan kepada mereka yang mengalami strok haba ketika ini.

“Ini lah apa yang berlaku disana, ini memaparkan keadaan diterowong muzdalifah menghala ke kawasan melontar jamrah. Keadaan kelihatan amat sesak kerana orang berjalan sambil berhimpit dan kejadian tolak -menolak turut berlaku yang menyebabkan ramai orang kehilangan oksigen,” ujarnya sambil memaparkan satu video yang diambil abangnya ketika menunaikan ibadah haji.
Beliau turut menggesa pihak yang mempunyai keluarga yang turut melakukan haji ketika ini untuk menghubungi keluarga masing-masing kerana rata-rata rakyat tempatan sedang bertarung nyawa.
Menurut Laporan akhbar dan Kementerian Luar Arab Saudi, terdapat beberapa diplomat memberitahu Agence France-Presse (AFP) bahawa seramai 323 jemaah tersebut adalah warga Mesir yang kebanyakkannya menderita daripada penyakit yang berkaitan haba.
TV kerajaan Arab Saudi turut berkata, suhu meningkat pada hari Isnin setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram di Makkah.
Baca juga: