Negeri

Seorang lelaki positif dadah tampil serah diri, pandu kereta secara bahaya

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontinjen Johor telah menerima satu video tular berkenaan sebuah kenderaan jenis Totoya Camry dipandu secara merbahaya di Lebuhraya Senai – Desaru, Johor pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, video tular berdurasi empat saat itu memaparkan kenderaan tersebut dipandu secara merbahaya dan memotong kenderaan di garisan putih putus-putus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Pemandu tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun telah dikesan.

“Pada 19 Jun 2024, pesalah telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Tinggi bagi membantu dan memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

“Susulan itu, tindakan saringan awal ujian air kencing telah diambil dan dikesan positif dadah serta suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, video tular tersebut telah disiasat dibawah kesalahan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam masa sama, jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close