Dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Jeram Long Menjawah, Sungai Rejang, ditemui maut akibat lemas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Balavishnu Permaloo berusia 36 tahun ditemukan terapung pada Selasa dan dibawa ke tebingan sungai oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Seorang lagi mangsa, Rhuban Apparoo, 30, ditemui orang awam pada jarak kira-kira 18 meter dari lokasi bot karam sebelum dilaporkan kepada Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.
“Sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat pada jam 8.22 pagi, pasukan bomba bergerak ke lokasi untuk mengeluarkan mayat mangsa dari sungai,” menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Belaga dengan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Dengan penemuan dua mayat, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas tiga hari pada pukul 10 pagi.
Untuk info, bot terbabit karam akibat dipukul ombak kuat jeram, menyebabkan dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah hanyut dibawa arus deras. Dua lagi rakan mereka dan jurumudi bot dilaporkan terselamat.
Baca juga: