GlobalNegeri

Fan Bingbing berjaya letak Melaka di peta pelancongan dunia

Pelantikan selebriti dan ikon antarabangsa China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Ambassador Tourism) bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) baru baru ini, dianggap berjaya.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menerusi hantaran di Facebooknya yang menganggap pelantikan itu berjaya selepas selebriti yang mempunyai sebanyak 4.1 juta pengikut di Instagram itu meletakkan Melaka di dalam peta pelancongan dunia.

“Kejayaan ini terbukti apabila lebih 1 bilion carian nama “Fan Bingbing” dan “Melaka” direkodkan dalam WeChat China pada 14 Jun 2024 dan 15 Jun 2024.

“Tempias daripada populariti, Fan Bingbing yang mempunyai sejumlah lebih 65 juta pengikut di pelbagai platform media sosial secara tidak langsung membantu mempromosikan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

“Dalam tempoh singkat sahaja kehadiran Fan Bingbing ke Melaka, Duta Setiakawan Pelancongan Melaka ini berjaya mempromosikan tempat-tempat pelancongan terkenal di Melaka,” jelasnya lagi.

Fan Bingbing merupakan selebriti terkemuka di China yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram.

Fan Bingbing turut dikenali sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.

Beliau juga dikenali selepas membintangi filem Hollywood, berjudul ‘X-Men: Days of Future Past’, selain daripada membintangi filem China , Perancis dan Korea

Pada 2017, Bing Bing turut menghiasi kulit majalah Time dan membuktikan kehebatannya apabila tersenarai dalam 100 Orang Paling Berpengaruh dunia.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close