Global

Jemaah haji meninggal dunia dikesan melalui visa pelancong dan lawatan

Beberapa negara telah mengesahkan jemaah haji yang meninggal dunia ketika musim haji menggunakan visa pelancongan dan lawatan ketika memasuki Arab Saudi beberapa bulan sebelum bermulanya ibadah haji, pada tahun ini.

Menurut laporan The Jordan Times yang menyatakan Kementerian Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat Jordan mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jemaah haji dari 41 warga Jordan yang meninggal dunia.

“Malah, pemberian permit pengebumian untuk dikebumikan di Mekah merupakan sebahagian daripada legasi rasmi pihak Haji Jordan.

“Manakala, Laporan yang diambil dari Samaa TV pula memetik berkenaan Kementerian Luar Negeri, Migrasi dan Warganegara Tunisia di Luar Negara juga mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji dari Tunisia yang meninggal dunia di sana dipercayai menggunakan visa pelancongan, lawatan atau umrah,” katanya dalam satu kenyataan.

Musim haji pada tahun ini dapat menyaksikan sejumlah besar jemaah haji yang tiba menggunakan visa pelancongan atau lawatan.

Dalam masa yang sama, peningkatan suhu yang ketara apabila jemaah haji dilaporkan melakukan ibadah haji dalam suhu yang mencecah 51 darjah Celcius, pada Isnin lalu.

Sebelum ini, dilaporkan ratusan jemaah haji meninggal dunia akibat strok haba selepas mereka terdedah kepada risiko keletihan haba, pendedahan matahari dan banyak berjalan kaki di laluan yang sukar dan sempit semasa hendak menunaikan ibadah haji.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close