Nasional

Malaysia bukti keupayaan, kredibiliti dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Seoul Accord yang berlangsung di India baru-baru ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah diumumkan sebagai Penandatangan Penuh Seoul Accord.

Sehubungan itu, Malaysia membuktikan keupayaan dan kredibilitinya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi di persada antarabangsa.

Seoul Accord merupakan perjanjian pelbagai hala antara badan-badan yang bertanggungjawab memberikan akreditasi kepada program peringkat ijazah dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat di peringkat akademik.

Antara negara-negara yang merupakan penandatangan penuh Seoul Accord adalah Australia, Kanada, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea, Mexico, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan MOSTI, ia selaras dengan landskap pelaburan digital negara yang memperlihatkan prestasi yang amat memberangsangkan, ekonomi digital di Malaysia yang menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021, diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025.

“Antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan yang dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada 36,553 rakyat tempatan.

“Ia disokong dengan kehadiran syarikat gergasi teknologi seperti Google yang akan melabur AS$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, pengiktirafan Seoul Accord dijangka akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur khususnya dalam bidang teknologi tinggi bagi meluaskan operasi mereka di Malaysia.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close