Hiburan

Nora Danish sah bercerai talak satu

Pelakon, Nora Danish sah bercerai talak satu selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Nedim Nazri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada malam Rabu.

Pasangan tersebut dipercayai memutuskan untuk berpisah dengan cara yang baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam semalam.

Nora turut mengharapkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berkenaan punca perceraian bersama bekas suaminya.

“Saya dan bekas suami saya, Nedim telah pun mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang telah berlangsung selama 7 tahun untuk berakhir disini.

“Dan yang paling penting, kami boleh cuba katakan tujuan kami buat hari ini adalah sama, membesarkan anak-anak kami dengan penuh kasih sayang dan positif.


“Nora harap sangat anda semua, mendoaakan yang terbaik buat kami, dan juga keluarga kami. Nora mengharapkan tiada pihak yang membuat sebarang andaian mahupun spekulasi mengenai perpisahan kami,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi prosiding.

Tambahnya lagi, beliau amat mementingkan keharmonian kedua-dua belah keluarga dan dalam masa yang sama keutamaan mereka ketika ini tertumpu kepada membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang positif.


Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close