Negeri

PKDJB prihatin, sediakan beberapa perkhidmatan nilai tambah di Klinik Kesihatan Gelang Patah

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) amat prihatin terhadap isu kesesakan di Klinik Kesihatan Gelang Patah berikutan kedatangan pesakit mencecah hampir 700-800 orang sehari.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Moktar Pungut@Ahmad, pihak PKDJB telah menambah ruang berbumbung untuk klinik demam bagi mengurangkan kesesakan pesakit.

“Untuk makluman, pengubahsuaian ruang menunggu untuk pesakit juga masih dalam proses buat masa ini.

“Dalam masa sama, pihak PKDJB juga telah melaksanakan beberapa perkhidmatan nilai tambah di Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mengurangkan kesesakan seperti pembekalan ubat menerusi pos dan perkhidmatan konsultasi secara maya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat perancangan cadangan pembinaan baru Klinik Kesihatan yang boleh menampung kedatangan 800 orang sehari di kawasan Iskandar Puteri.

Di samping itu, pembinaan baru gantian Klinik Kesihatan Gelang Patah juga tersenarai dalam Rancangan Malaysia pada masa akan datang bagi menyelesaikan isu yang berkait.

Pada 18 Jun 2024, terdapat satu hantaran yang menjadi tular di media sosial TikTok berkaitan tiada inisiatif buat klinik baru di Gelang Patah, Johor Bahru.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close