Negeri

Seorang cedera, lori muatan ayam jatuh kedalam sungai dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS

Seorang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan lori membawa muatan ayam di KM 63.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Ayer Hitam, Johor pada pukul 10.41 malam hari Rabu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Norhisam Abdul Ghani melaporkan lori yang membawa muatan ayam tersebut telah terjatuh ke dalam sungai.

“Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja mencari dan mengenal pasti mangsa yang berkemungkinan turut terjatuh ke dalam sungai.

“Namun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pemandu dan kelindan lori yang membawa muatan ayam tersebut telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut melibatkan seramai 14 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan BBP Ayer Hitam bersama dua buah jentera FRT.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close