Negeri

Suami isteri bergaduh hingga cedera, curang jadi punca

Satu video tular melibatkan seorang lelaki telah memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya berlaku di sebuah bangunan hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku dipercayai pada 24 Mei 2024 dan video berdurasi 31 saat itu tular di sosial media pada 19 Jun 2024.

Video tersebut memaparkan pergaduhan antara sepasang suami isteri dipercayai berpunca daripada suaminya telah berlaku curang.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, akibat daripada kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita Melayu telah mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan yang lain.

“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa mengenai insiden yang berlaku dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan keguasaran awam.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close