Negeri

Tiga jalan ditutup sempena hari penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap

Polis Kontinjen Pulau Pinang mengumumkan penutupan jalan sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim menyatakan sebanyak tiga buah jalan akan ditutup untuk sementara waktu.

“Antara jalan yang ditutup termasuk Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan dan jalan susur Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Selatan.

“Hari penamaan calon tersebut akan diadakan pada Sabtu di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Chong mewakili pihak polis turut menyeru orang ramai untuk merancang perjalanan sebaik mungkin untuk mengenal pasti laluan yang ditutup dan menggunakan laluan alternatif.

Ia agar mereka tidak akan terperangkap dalam kesesakan dan pihak polis turut berharap agar mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa bertugas ketika hari penamaan calon tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close