Negeri

6 buah rumah hampir hangus dijilat api di Sungai Petani

Sebanyak enam buah rumah hampir hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Seri Putra, Sungai Petani, Kedah pada malam Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 8.16 malam.

Menurut Komander Operasi bertugas, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Haji Mohd Zain melaporkan seramai 19 orang daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman enam buah rumah berkelas B, 2 tingkat, berkeluasan 20 X 50 kaki setiap sebuah rumah.

“Kebakaran di setiap rumah dari yang pertama hingga rumah keenam, anggaran kebakaran adalah lima peratus hingga 85 peratus.

“Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, pasukan bomba yang terlibat memakai Alat Pelindung Diri (PPE) lengkap untuk memadam kebakaran di bahagian depan rumah pertama hingga rumah keempat.

Manakala, anggota Bomba daripada BBP Tikam Batu memadam kebakaran di hadapan rumah kelima dan keenam.

Operasi pemadaman kebakaran dilaporkan dilakukan dari setiap sudut rumah menggunakan aliran air dari jentera Bomba.

Pasukan Bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya dan operasi dipercayai tamat pada pukul 11.55 malam.

Difahamkan, 10 jentera FRT 10, 11 LFRT, lima kenderaan unit EMRS dan Water Tanker yang dibawa bagi tujuan menyelamat.

Selain itu, sesi penyelamatan dan pemadaman dibantu bersama BPS Sg. Petani dan BPS Bakar Arang bagi memadam kebakaran di bahagian belakang rumah berkenaan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close