Negeri

Ayah ‘dukung’ anak dalam satu kemalangan di Jerteh

Seorang lelaki menggendong seorang bayi dalam satu kemalangan di sebuah premis terletak di Jerteh, Besut, Terengganu dilaporkan selamat pada Khamis.

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular selepas di muatnaik di laman X oleh @update11111.

Video tersebut memaparkan satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan berjenis Wira dan sebuah kereta Axia yang dilaporkan berlaku kira-kira pada pukul 12.40 petang pada 17 Jun lalu.

“Kedua-dua buah kenderaan tersebut dipercayai bertembung akibat kenderaan Axia itu keluar dari simpang tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Kejadian itu menyaksikan pemandu kereta wira itu kehilangan kawalan sebelum keretanya melambung sekaligus melanggar penduduk yang berada di bawah sebuah premis tersebut.

“Mangsa dari kemalangan tersebut melibatkan dua lelaki dewasa dan seorang bayi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, mangsa-mangsa terbabit mengalami kecederaan ringan selepas tersepit dan seorang lelaki dewasa dan anaknya dilaporkan selamat.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close