NasionalNegeri

Bayi terkunci dalam kereta berjaya diselamatkan

Seorang bayi lelaki berusia setahun berjaya diselamatkan selepas terkunci di dalam kereta kira-kira selama 20 minit di kawasan parkir sebuah apartment di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah, pada Khamis.

Menurut Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 6.30 petang.

“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa bayi lelaki berusia setahun terkunci di dalam kereta jenis Proton Saga.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta berkenaan yang terkunci menggunakan peralatan khas.

“Pintu kereta tersebut kemudiannya berjaya dibuka dan bayi lelaki itu dalam keadaan yang selamat.

“Mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya dan operasi berada dalam keadaan terkawal pukul 6.50 petang,” katanya ketika dihubungi Berita Harian pada petang Khamis.

Operasi tersebut dilaporkan tamat selepas pihak bomba memastikan tempat kejadian dalam keadaan yang rapi dan selamat.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close