Parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap bagi menumpukan fokus kepada agenda isu rakyat, pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan di Facebook MUDA yang menyatakan keputusan tersebut adalah muktamad bagi menumpukan peranan MUDA sebagai kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia.
“MUDA akan terus menjadi suara rakyat di dalam mahupun di luar parlimen dengan memberikan tekanan terhadap isu-isu kos sara hidup, peruntukan adil kepada semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, serta meneruskan reformasi institusi yang belum terlaksana.
“Baru-baru ini juga MUDA telah menyuarakan dan memberi tekanan terhadap beberapa isu penting seperti laporan daya saing dunia IMD 2024 di mana Malaysia kini berada di tangga ke-34 berbanding 27 sebelum ini.
“Isu inflasi yang semakin meningkat, intimidasi SPRM terhadap dua peguam, isu pelantikan SPRM Azam Baki, serta janji-janji pilihan raya kecil yang berbentuk populis turut dititik beratkan oleh MUDA bagi memastikan perhatian dan tindakan segera diambil kepentingan rakyat.
“Selain menumpukan kepada agenda isu rakyat, MUDA juga telah berjaya menyelesaikan agenda rejuvenasi parti dimana bulan jun lalu,MUDA telah melancarkan pendaftaran baharu secara digital,” jelasnya.
MUDA turut menyatakan pelan kepada agenda rejuvenasi fasa kedua dan gerak kerja politik khidmat di peringkat negeri dan parlimen akan diumumkan tidak lama lagi.
Baca juga :