Negeri

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta di Perak

Seorang lelaki maut dipercayai terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Tun Perak, Ipoh, Perak pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa yang berumur 61 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada Khamis.

”Hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila pemandu lelaki seorang warga tempatan berumur 22 tahun bertindak keluar dari susur jalan.

”Tindakan suspek yang tidak memberi ruang kepada laluan utama penunggang motosikal lalu merempuh motosikal mangsa.

”Oleh itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, mangsa telah dihantar ke ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Abang Zainal Abidin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

”Masyarakat umum dinasihatkan secara memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close