Nasional

Pokok tumbang,halang laluan jalan raya di Bukit Kalam

Sebatang pokok tumbang di jalan Bukit Kalam selepas Simpang Hj.Kula,Wilayah Persekutuan menyebabkan laluan jalan terhalang, pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan melaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 4.29 pagi mengenai kejadian pokok tumbang tersebut.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I (PBK I), Mohd Sabri Omar, seramai 10 orang anggota daripada BBP Labuan Sentral telah digegaskan ketempat kejadian menaiki jentera LFRT, dan kenderaan unit EMRS.

“pokok tersebut telah tumbang dan menghalang laluan jalan raya.

“Pihak bomba telah melakukan kerja-kerja pembersihan seperting memotong pokok terbabit menggunakan gergaji berantai,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Operasi pembersihan dilaporkan selesai dan ditamatkan kira-kira pada pukul 4.53 pagi tadi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close