Negeri

Wanita maut dibunuh suami di Batu Gajah

Seorang wanita maut dibunuh oleh suaminya di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak kira-kira pukul 2 petang hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad melaporkan mangsa yang berusia 32 tahun tersebut telah ditikam oleh suaminya yang berumur 36 tahun.

“Suspek kemudian bertindak menyerahkan diri ke Balai Polis Batu Gajah selepas membunuh isterinya.

“Polis turut menemui mayat mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel tersebut bersama sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian iaitu pada hari Rabu.

Noor Aehawan turut menyatakan motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa tetap ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk oleh suspek.

Suspek yang telah ditangkap sedang disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihak polis Batu Gajah turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat untuk membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close