Global

Khutbah dipendekkan, solat Jumaat 15 minit di Arab Saudi

Kepimpinan Tertinggi Arab Saudi telah mengeluarkan arahan bagi memendekkan durasi khutbah solat Jumaat dan masa bagi solat jumaat dipendekkan menjadi 15 minit bermula 21 jun 2024.

Arahan itu dikeluarkan Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdulrahman Abdulaziz Al-Sudais, susulan cuaca panas yang melampau melanda negara terbabit.

Arahan itu turut dibuat bagi menjadikan tempoh masa antara azan pertama dan kedua menjadi 10 minit dengan melambatkan waktu azan pertama.

Menurut laporan Saudi Gazzate, Sheikh Al-Sudais memuji arahan diraja itu dengan menyatakan ia menunjukkan keprihatinan pimpinan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah Jumaat dengan lebih mudah selain mencegah kemudaratan jemaah haji yang menunaikan solat jumaat.

“Isyarat diraja ini merupakan prinsip asas Arab Saudi yang memberi keutamaan kepada keselamatan dan perlindungan jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Oleh itu, keputusan untuk memendekkan dua khutbah Jumaat di Dua Masjidil Haram menjadi 10 minit berbanding 30 hingga 45 minit untuk meringankan beban jemaah berikutan suhu yang meningkat di kedua-dua masjid itu dan kota-kota suci,” katanya.

Sebelum ini, ratusan jemaah haji dilaporkan meninggal dunia akibat cuaca panas yang melampau dan keadaan sesak membuatkan ramai jemaah terdedah secara langsung.

Pada Isnin lalu, cuaca di Arab Saudi mencecah 51 darjah celsius yang menyebabkan rata-rata jemaah haji mengalami penyakit yang berkaitan haba.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close