Rombakan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Sarawak

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak telah mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat, pukul 7.30 malam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi MPN Sarawak iaitu Roland Engan.

Menurut Ketua Penerangan MPN Sarawak, Tay Wei Wei, mesyuarat yang berlangsung dengan sokongan Timbalan Pengerusi MPN yang baru, Ahmad Nazib Johari.

“Kesemua Ketua Cabang dan Ahli-Ahli MPN, maka beliau membuat rombakan MPN tahun 2024.

“Keadilan Sarawak mengucapkan tahniah kepada mereka yang dilantik dan selamat menjalankan tugas masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Keadilan Sarawak turut mengucapkan terima kasih kepada semua bekas penyandang jawatan MPN yang telah menyumbang untuk pengurusan dan perjuangan Keadilan Sarawak selama ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat