Jenayah

Polis tumpas lubuk kegiatan seks, 16 wanita Afrika ditahan

Satu serbuan ke atas sebuah hotel bajet yang dipercayai dijadikan tempat bagi kegiatan pelacuran telah dijalan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya, pihak polis berjaya menahan seramai 16 wanita warganegara asing daripada sebuah negara benua Afrika.

”16 wanita warganegara asing yang ditahan berumur dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun.

”Di dalam serbuan ini juga, pihak polis turut merampas 40 keping kondom, 10 tiub gel pelincir, tujuh gulung tisu, 14 buah telefon bimbit dan wang tunai sejumlah RM800.00.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 327B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan direman pada 23 Jun 2024 bagi tujuan siasatan lanjut.

Difahamkan, kegiatan pelacuran yang melibatkan warganegara asing yang berselindung di sebalik hotel bajet yang disewa secara harian.

”Mereka akan mendapatkan pelanggan di tepi jalan dan seterusnya membawa ke bilik hotel bagi aktiviti perkhidmatan seks.

”Justeru itu, pihak polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close