Sukan

MOM umum baju rasmi atlet negara di Olimpik Paris 2024

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan pakaian rasmi yang akan diperagakan oleh atlet Malaysia menjelang Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung bulan hadapan ketika majlis penutup hari Olimpik, pada Ahad.

Baju rasmi itu dilancarkan oleh Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Nor Zakaria bersama Ketua Kotinjen Chef De Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin serta Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David di Plaza Raintree, Tun Razak Exchange.

Warna hitam dan emas serta bercorak jalur harimau merupakan tema yang telah ditetapkan menjelang Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, warna serta corak yang diperagakan atlet-atlet Malaysia pernah mencetuskan fenemona semasa hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke bumi matahari terbit, Jepun sekaligus ketika perarakan masuk atlet-atlet Olimpik di majlis pembukaan Olimpik Tokyo 2020.

Seperti di Olimpik Tokyo, kotinjen Malaysia mencuri tumpuan ketika memperagakan persalinan yang bertemakan pahlawan semasa perbarisan upacara pembukaan.

Selepas lama berteka-teki, peminat-peminat sukan tempatan masih menanam hasrat dan keterujaan mereka untuk melihat busana yang akan diperagakan ketika perarakan masuk Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024.

Terdahulu, Mohammad Norza berkata pihak MOM masih lagi tidak membuat sebarang keputusan mengenai atlet yang bakal menggalas tugas selaku pemegang bendera negara pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close