Kematian jemaah haji pada tahun ini meningkat lebih 1300 orang

Suhu panas yang melampau menyebabkan lebih 1300 jemaah haji meninggal dunia akibat dari dehidrasi, strok haba dan keletihan yang melampau ketika menunaikan ibadah haji di Arab Saudi yang baru sahaja berakhir pada 18 Jun lalu.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi, suhu panas yang mencecah sekitar 52 darjah Celsius selama lima hari terakhir ibadah haji itu merupakan rekod tertinggi dalam sejarah selama 20 tahun ini.

Pada hari Isnin lepas, seramai lebih 2,700 orang dilaporkan mengalami strok haba meskipun pihak berkuasa telah memberikan amaran dan langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi cuaca panas tersebut.

Pengurusan logistik yang lemah juga merupakan penyumbang utama apabila jemaah haji terutama warga emas terpaksa berjalan jauh dalam keadaan panas terik akibat pengurusan pengangkutan yang tidak efisien sekaligus menambah tekanan fizikal kepada yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menjelaskan kebanyakan kematian jemaah haji yang kini berjumlah 14 orang warganegara berpunca dari masalah kesihatan seperti penyakit jantung, paru-paru berair dan jangkitan kuman pada darah.

Dalam pada itu, kekurangan fasiliti dan bantuan perubatan merupakan asbab utama dalam peningkatan kematian jemaah haji kerana pesakit tidak mendapatkan bantuan rawatan dengan segera yang memaksa mereka untuk menunggu sehingga menyebabkan kematian.

Terdahulu, media melaporkan kebanyakan kematian jemaah haji terdiri daripada mereka yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan ibadah tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat