Negeri

Kanak-kanak 10 tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam parit

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas lemas di dalam parit berhampiran kawasan Blok 22, Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Mohd Rashid Sulaiman melaporkan kanak-kanak berkenaan lemas semasa memancing di parit tersebut.

“Pihak bomba berjaya menemui kanak-kanak berusia 10 tahun itu dalam jarak lebih kurang 10 meter dari lokadi mangsa dilaporkan jatuh.

“Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Rashid turut memaklumkan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai tujuh orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bersama jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close