Nasional

Lelaki maut nahas tiga kenderaan di Kluang

Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di KM 17.5, Jalan Benut-Simpang Renggam, Kluang, Johor pada pukul 6 petang hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan mangsa merupakan seorang lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR.

“Mangsa telah melanggar sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang telah keluar simpang masuk ke jalan utama, dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun.

“Mangsa kemudiannya hilang kawalan lalu masuk ke jalan bertentangan serta melanggar sebuah lori kargo jenis Isuzu yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Disebabkan pelanggaran tersebut, Bahrin menyatakan penunggang motosikal tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Di samping itu, pemandu pacuan empat roda tersebut pula alami kesakitan di bahagian dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Kemalangan tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Polis Daerah Kluang menyeru pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close