Negeri

MPV terbabas langgar jambatan di Johor Bahru

Sebuah kenderaan terbabas selepas melanggar jambatan di Jalan Sutera Danga,Taman Sutera, Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melaporkan menerima laporan kecemasan sekitar pukul 7.16 petang pada Selasa yang melibatkan sebuah kenderaan MPV jenis Naza Ria yang dipandu oleh seorang lelaki.

Menurut laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Firdaus Abdullah, kenderaan MPV tersebut telah melanggar jambatan sebelum terbabas sendiri.

“Pasukan Bomba daripada BBP Larkin seramai 11 orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik panggilan kecemasan diterima.

“Anggota Bomba telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan St. John Ambulans untuk menerima rawatan dan tindakan selanjutnya,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Setelah selesai membersihkan tempat kejadian dan memastikan tempat terbabit dalam keadaan yang selamat, operasi dilaporkan tamat pada pukul 8.09 malam.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close