Jenayah

Suspek aniaya kucing ditahan polis di Klang

Polis telah menahan seorang lelaki warganegara asing di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor yang dipercayai terlibat dalam perbuatan menganiaya seekor kucing menerusi sebuah video tular di laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang menerima video tersebut daripada aplikasi WhatsApp.

“Video tular berdurasi 47 saat tersebut memaparkan seorang lelaki bertindak memotong kaki seekor kucing yang berwarna putih.

“Pihak polis bertindak atas laporan tersebut dengan menjalankan siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain penahanan suspek, Vijaya turut menyatakan pihak polis telah merampas telefon bimbit jenis Oppo A5 kepunyaan suspek untuk membantu siasatan.

Terdahulu, penularan video tersebut telah membuat Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) bertindak untuk menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada individu yang dapat menjejaki seorang lelaki dipercayai warga Myanmar memuat naik video tersebut.

Menurut persatuan itu, lelaki tersebut disyaki merupakan seorang pekerja kedai makanan ringan berhampiran Pasar Borong Klang.

Katanya, satu siasatan menyeluruh berhubung pembunuhan haiwan peliharaan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kaedah dan niat sama ada ia bertujuan dijadikan makanan atau secara sengaja.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close