Nasional

Ziarah Kasih Madani Parlimen Padang Rengas: Anwar salur bantuan kepada 11 keluarga susah

Sebelas keluarga dari kalangan B40 di Parlimen Padang Rengas menerima sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan RM1,000 setiap keluarga itu disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim melalui Ziarah Kasih MADANI pada Selasa.

Muhammad Kamil yang ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada seorang daripada penerima di Kampung Jenalik Hulu berkata, ia bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Ziarah Kasih MADANI ini adalah satu inisiatif yang sedikit berbeza kerana ini merupakan tuntutan dan arahan Perdana Menteri dan saya sebagai wakil telah turun ke lapangan untuk bertemu kelompok ini serta mengetahui permasalahan dihadapi.

“Objektif utama kita adalah untuk menoktahkan kemiskinan serta pada masa sama mengeluarkan mereka daripada kepompong berkenaan melalui pelbagai inisiatif yang disediakan,” katanya.

Menurut beliau lagi, selain sumbangan peribadi Perdana Menteri itu, pihaknya turut melihat keperluan lain seperti pembaikan kediaman yang boleh disalurkan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kepada keluarga berkenaan.

Related Articles

Check Also
Close