Sukan

MOM beri jaminan, pakaian versi baru Olimpik Paris 2024 cerminkan kedudukan negara

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi jaminan bahawa pakaian sukan yang akan diperagakan oleh kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan mencerminkan kedudukan negara dan harapan semua rakyat Malaysia, pada Jumaat.

Memetik laporan FMT, Presiden MOM, Norza Zakaria mengakui pakaian rasmi atlet untuk temasya itu, yang dilancarkan pada Ahad lalu jelas mencetuskan kontroversi dan tidak mendapat sambutan ramai pihak.

“Kit Olimpik yang mencetuskan kontroversi itu akan ditambah baik.

“Saya telah mengarahkan MOM untuk bekerjasama dengan Yonex, penaja pasukan kebangsaan, untuk membuat penambahbaikan pada pakaian kontinjen berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pihak berkepentingan dan orang ramai.

“Saya telah meminta logo MOM dikembalikan kepada pakaian dan jalur Gemilang yang terpampang di atasnya dan membawa semula warna sebenar bendera negara.

“Kit semasa menunjukkan versi emas Jalur Gemilang, yang difikirkan pasukan reka bentuk sebagai corak paling sesuai melambangkan aspirasi kontinjen untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia.

“Versi emas bendera negara adalah selaras dengan garis panduan pakaian pasukan kontinjen Olimpik kebangsaan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), dan pakaian Malaysia telah pun diluluskan oleh mereka,” katanya.

Norza mengesahkan, pihak MOM akan lebih komited dalam memastikan setiap anggota kotinjen berpakaian membanggakan kepada negara dan rakyat selain turut menjelaskan pakaian yang dipamerkan pada Ahad lalu adalah untuk kegunaan harian atlet dan pegawai yang mewakili negara pada temasya itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Beliau turut menambah bahawa MOM sentiasa terbuka kepada cadangan oleh mana-mana pihak.

Pada 23 Jun lalu, pakaian berwarna emas dan hitam dihiasi dengan rekaan jalur harimau itu diumumkan oleh MOM bersempena sambutan penutupan hari Olimpik.

Namun, masyarakat tempatan telah menyorot reka bentuk pakaian berkenaan sebagai “buruk”, “hodoh” dan ketinggalan zaman berbanding dengan reka bentuk busana yang diperagakan Malaysia di pentas Olimpik sebelum ini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close