Negeri

Polis tangkap 2 tahanan KPDN larikan diri

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berjaya menangkap dua orang tahanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melarikan diri dari Ibu Pejabat KPDN menerusi Op Tutup dan Op Kesan yang diadakan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah melaporkan tahanan pertama ditemui di kawasan semak berhampiran Dewan Masyarakat Semporna.

“Orang awam memberi maklumat mengenai keberadaan tahanan tersebut dan pihak polis menjumpai suspek yang berusia kira-kira 45 tahun dalam keadaan terbaring sedang tidur dengan tangan kanan yang masih bergari.

“Suspek bertindak agresif ketika ditangkap dan cuba untuk melarikan diri semula. Pemeriksaan di kawasan sekitar menjumpai sehelai seluar lokap polis berwarna ungu,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan turut menyatakan tahanan kedua turut berjaya ditangkap pada hari yang sama selepas bertindak atas maklumat orang awam yang menyatakan suspek kedua berada di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mesra Sri Jaya, Semporna, Sabah.

“Pihak polis telah menjumpai suspek kedua yang berusia 30 tahun di rumah berkenaan dan turut merampas sehelai seluar lokap berwarna ungu daripada suspek.

“Pemeriksaan air kencing terhadap kedua-dua suspek turut mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” tambahnya.

Kedua-dua mereka yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close