Negeri

Satu unit rumah pangsapuri terbakar di Jalan Kampung Pandan

Sebuah rumah pangsapuri terbakar dalam satu kebakaran di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 6.18 pagi yang melibatkan satu unit rumah di tingkat tiga dalam kebakaran.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Iqbal Khan Malik Khan, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadamkan sebelum ia berjaya merebak ke unit lain sekitar rumah tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menghantar jumlah kekuatan seramai 23 orang anggota daripada BBP PUDU, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Keramat sejurus selepas menerima panggilan kecemasan bersama jentera FRT dan ALP.

“Anggaran keluasan kebakaran 750 persegi (25×30) dengan kemusnahan kebakaran 100 peratus . Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Menurut laporan, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close