Enam cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Batu 11, Jalan Keningau Sook, Sabah pada pukul 7.23 petang hari Jumaat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Raizaain Ag Damit melaporkan lima daripada enam mangsa merupakan penumpang serta pemandu kereta jenis Proton Saga.
Raizaain turut menyatakan seorang lagi mangsa merupakan pemandu lori muatan tiga tan yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Lima orang mangsa yang cedera terlibat dalam Proton Saga tersebut telah segera dikejarkan kehospital berdekatan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menaiki ambulans sebelum bomba tiba.
“Manakala mangsa yang merupakan pemandu lori tersebut telah diberikan rawatan awal oleh anggota unit EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan unit EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Operasi tersebut melibatkan seramai sembilan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.
Baca juga: