Negeri

Pelajar cedera parah dipercayai terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah

Seorang pelajar lelaki cedera parah dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah pada pukul 5.50 petang hari Jumaat di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof melaporkan mangsa merupakan pelajar berumur 13 tahun.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan anggota badan dan telah dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan selanjutnya.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dimana pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Namun, Naazron menyatakan bahawa punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes berkenaan, Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close