NasionalTravel

India perkenal melancong tanpa visa untuk rakyat Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai ini

Suruhanjaya Tinggi India mengumumkan visa e-Pelancong selama 30 hari tanpa sebarang kos kepada rakyat Malaysia yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai ini sehingga 30 Jun, 2025, pada Sabtu.

Kenyataan itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang turut menyatakan pelancong yang menggunakan visa eTourist turut mendapat kelebihan dengan kemasukan dua kali tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Pemohon dikehendaki membayar yuran visa seperti yang ditetapkan sahaja.

“Dalam masa yang sama, individu yang yang memohon visa Atendan eMedical, eAyush, dan eEmergency juga mesti membayar yuran visa.

“Peraturan sedia ada mengenai visa eTourist dan eVisa lain akan terus digunakan.

“Mereka yang ingin mendapatkan visa kertas biasa daripada pembekal sumber luar atau Suruhanjaya Tinggi India akan terus membayar yuran visa yang ditetapkan,” katanya.

Visa 30 hari eTourist boleh dimohon secara dalam talian menerusi pautan https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html.

Sebelum ini, Malaysia telah memberi pelawat dari India 30 hari perjalanan tanpa visa yang bermula dari Disember tahun lepas.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close