Jenayah

2 suspek utama kes bunuh dikehendaki polis

Polis menggesa orang ramai untuk membantu mencari dua suspek dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan kematian dan kecederaan di pusat hiburan yang terletak di Bandaran Jaya, Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) yang juga Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan dua suspek terbabit.

“Mangsa dan si mati bekerja sebagai anak kapal disyaki dipukul dan ditikam menggunakan objek tajam. Motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham.


“Suspek dikenali sebagai Herman dan Yusuf. Mereka merupakan bukan warganegara dan ketika ini masih dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kasim turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua suspek untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat ASP Idris Haji Arshad di talian 019-8233112 atau tampil ke mana-mana balai berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close