Nasional

APAD bakal kenakan tindakan tegas atas sebarang pelanggaran syarat lesen

Kementerian Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan menerusi satu kenyataan, tindakan tegas atau penggantungan pembatalan lesen akan dikenakan di bawah seksyen 45 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 7151) ke atas sebarang pelanggaran syarat lesen, pada Isnin.

Kenyataan itu dibuat ekoran satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Bas Persiaran yang membawa pelancong warganegara China di kawasan selekoh Kilometer 16.6 Jalan Genting Highlands, daerah Bentong, Pahang pada 29 Jun lalu.

Kemalangan tersebut dipercayai membawa seramai 18 orang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari arah Genting Highlands turun ke bawah.

APAD memandang serius kes terbabit dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap dan semakan awal mendapati bahawa Bas Persian berkenaan telah dilesenkan di bawah sebuah syarikat M.Kumar Trans Tour Sdn. Bhd.

Surat Tunjuk Sebab (STS) juga telah dipanjangkan kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian terbabit.

Pihak APAD turut menekankan tidak akan berkompromi sekaligus mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana kesalahan yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan sekiranya pihak terbabit didapati bersalah.

Baca juga:

    Related Articles

    Check Also
    Close