Empat misi utama digariskan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi menjadikan Malaysia negara peneraju dalam sektor industri berteknologi tinggi.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, misi pertama, memajukan ekonomi dengan galakan inovasi penghasilan produk canggih.
Seterusnya, misi kedua adalah menfokuskan aspek teknologi dan digital, misi ketiga mensasarkan karbon sifar bersih dan misi keempat menjaga keselamatan dan kepentingan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS).
“Di samping itu usaha kedua ialah pelan tindakan membangunkan laluan penyahkarbon di peringkat sektorial satu kajian berhubung perkara tersebut telah dilaksanakan oleh MITI dan diselesaikan pada November 2024.
“Usaha ketiga ialah ‘carbon capture’ dan ini akan dibangunkan bersama dengan Kementrian Ekonomi, keempat untuk sektor pembuatan untuk menyokong peralihan proses pembuatan yang lebih mampan dengan menggalakkan penggunaan sumber yang optimum kerangka dasar akan dilancarkan pada suku ketiga 2024,” katanya.
Beliau memaklumkan dalam Dewan Rakyat ketika sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga pada Isnin.
Chin Tong menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang meminta menyatakan sejauh mana NIMP 2030 dalam memajukan ekonomi, meningkatkan produktiviti, menangani perubahan iklim serta menjamin keselamatan rantaian bekalan.
Baca juga: