Negeri

Seorang wanita maut dihanyut arus di Sabah

Seorang wanita berumur 37 tahun ditemui maut dipercayai lemas selepas dibawa arus deras semasa cuba melintasi air banjir di jalan raya, Kampung Hungab, Sabah pada Malam Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, pihak polis menerima laporan kecemasan sekitar pukul 10 malam pada 30 Jun 2024.

“Sebaik sahaja kita mendapat laporan tersebut, kami telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun disebabkan air pasang yang deras ianya memaksa kami untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamat sekitar pukul 11.

“Kami meneruskan semula operasi SAR pada pukul 6 pagi tadi (Isnin) yang membabitkan seramai dua pegawai dan empat anggota polis, tujuh pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysian (APM) dan 13 anggota bomba.

“Mayat mangsa telah ditemui pada pukul 8.00 pagi tadi di Jalan Penampang Bypass oleh pasukan penyelamat iaitu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berjalan keluar daripada kenderaan yang ditenggelami untuk melintas Jalan Penampang Bypass.

“Namun, mangsa dan suaminya telah terjatuh ke dalam sebuah longkang.

“Suaminya berjaya menyelamatkan diri manakala isterinya hanyut dibawa air deras,” jelasnya menerusi kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close