Nasional

Agong zahir kata-kata semangat buat kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara yang bakal mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara, pada Selasa.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet-atlet negara yang bakal berentap di Sukan Olimpik 2024.

“Bersama-sama kita mendoakan kecemerlangan atlet-atlet negara yang bakal mewakili Malaysia atlet- ke temasya Olimpik dan Paralimpik Paris 2024,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohammad Norza Sakaria bersama Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shariman.

Hadir sama, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Hamidin Mohd Amin, Chef De Mission (CDM) kontinjen negara ke sukan Olimpik dan Datuk Subramanian Raman Nair, CDM kontinjen negara ke sukan Paralimpik.

Pada temasya Olimpik Paris 2024, setakat 2 Julai 2024 seramai 25 atlet kebangsaan yang sudah menempah slot mewakili negara manakala bagi sukan Paralimpik pula seramai 20 atlet akan mengambil bahagian.

Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi akan membuka tirai bermula 26 Julai ini sehingga 11 Ogos 2024 dan Sukan Paralimpik akan bermula 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close