Negeri

Pelajar IPT beri alasan takut bersendirian di rumah ketika ditangkap khalwat

Seorang pelajar wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ditangkap bersekedudukan di sebuah pangsapuri dekat Meru Raya pada Isnin.

Pelajar berusia 22 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya berusia 20 tahun, juga pelajar di IPT sama oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim memaklumkan siasatan mendapati pasangan berkenaan telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.

“Ketika ditanyakan alasan bersekedudukan tersebut, pelajar terbabit memberitahu pihak berkuasa bahawa dia takut berseorangan di rumah.

“Ini kerana semua rakan serumahnya pulang ke kampung jadi wanita tersebut memilih untuk menginap bersama di rumah pasangannya,” ujarnya.

Dua pelajar berkenaan telah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Namun, pasangan terbabit telah dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close