Kementerian Luar Negeri (KLN) kekal komited dalam memastikan keselamatan semua warganegara Malaysia yang menetap di Timur Tengah susulan konflik yang berlaku di benua berkenaan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KLN, kerajaan menyeru rakyat Malaysia yang menetap di rantau Timur Tengah untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Malaysia yang terdekat.
“Ini akan memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera sekiranya perlu.
“Selain itu, kerajaan Malaysia akan terus berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang telah berdaftar dan bantuan konsular akan disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan melalui pejabat-pejabat kedutaan,” kata kenyataan tersebut.
KLN turut menasihati rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau tersebut untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Dalam pada itu, Malaysia juga akan tetap berterusan untuk menyeru gencatan senjata dilakukan di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi sebegini tidak merebak lagi.
Baca juga: