Jenayah

Berlumba tidak kena tempat, Polis tahan dua remaja

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perlis menahan dua orang remaja lelaki yang berlumba haram sesama sendiri di Jalan Kuala Perlis – Changlun pada Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JSPT Perlis, kedua-dua remaja yang ditahan masing-masing berusia 19 dan 17 tahun.

“Kedua-dua remaja berkenaan ditahan di sebuah stesen minyak di Bandar Kangar dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis turut menyita dua buah motosikal milik remaja berkenaan untuk siasatan dan mereka akan dituduh di mahkamah di bawah kesalahan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata kenyataan tersebut.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh menerima hukuman maksimum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM15,000.

Dalam pada itu, JSPT Perlis turut menasihati semua penunggang motosikal untuk menghentikan aktiviti lumba haram yang tidak memberi faedah malah boleh mengancam keselamatan pengguna jala raya yang lain.

Menerusi Skuad 42, JSPT Perlis menyatakan komitmen untuk sentiasa membuat risikan, rondaan, serbuan dan tangkapan kepada semua pelumba haram di negeri berkenaan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close