Nasional

Kerajaan peroleh bayaran balik RM100 juta

Kerajaan berjaya memperoleh bayaran balik berjumlah RM100 juta hasil pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara selama tiga tahun.

Jabatan Audit Negara dalam kenyataan memaklumkan, audit yang dijalankan jabatan secara dasarnya memberi kesan yang sangat positif.

Hal ini demikian, menerusi tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan berkaitan, sebaik saja teguran audit diterima.

Bayaran balik yang diterima adalah daripada tuntutan penalti, sewa tertunggak dan kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang dianggarkan berjumlah RM100 juta sehingga suku kedua 2024.

“Susulan audit terhadap LKAN 2020, 2021 dan 2022 melalui Portal Papan Pemuka Ketua Audit Negara, didapati kerajaan telah mendapat bayaran balik, antaranya tuntutan penalti, sewa tertunggak dan kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang dianggarkan berjumlah RM100 juta sehingga suku kedua 2024,” katanya.

Jabatan Audit Negara turut memaklumkan yang pihaknya akan melaksanakan pendigitalan perkhidmatan mulai Julai tahun depan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close