Nasional

Kesuma proaktif tangani masalah guna tenaga tidak penuh

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sentiasa cakna dan proaktif untuk menangani masalah guna tenaga tidak penuh, terutamanya kepada lepasan graduan dan generasi muda akan datang dengan pelaksanaan beberapa inisiatif.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, melalui Perlindungan Keselamatan Sosial (Perkeso) beberapa program bagi mengalakkan penyertaan tenaga kerja dilaksanakan termasuk dalam kalangan graduan dan belia, antaranya melalui penyediaan platform My Future Jobs.

“Membangunkan sistem ‘Carrier Bridge Tool’ berteraskan kaedah dalam talian yang akan membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka, melalui platform MYFutureJobs dan membangunkan sistem ‘Wage Guide’ yang berperanan untuk membantu graduan TVET mengenal pasti dan mengukur potensi sekaligus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka.

“Di bawah platform majlis TVET negara, Kesuma juga telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan pelbagai industri. Bagi tahun 2024, sebanyak 66 MoC telah dimenterai mencukupi pelbagai bidang dan industri seperti minyak dan gas, elektrik, elektronik, automotif, hospitaliti, pembinaan, peladangan, perabot dan telekomunikasi,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika ditanya Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) pada pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Jelasnya, Kesuma menerusi agensi di bawahnya seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), aktif dalam menawar dan menyediakan pelbagai program ‘upskilling’ (peningkatan kemahiran) atau ‘reskilling’ (pemahiran semula) berteraskan pendidikan, latihan teknikal dan vokasional dan pelbagai disiplin cabang pekerjaan.

Jelasnya lagi, agensi-agensi tersebut menawarkan program latihan kemahiran, meliputi aspek teori dan praktikal, mencukupi pelbagai bidang yang bersesuaian dengan permintaan industri semasa.

“Kursus-kursus yang dipendek dan program perintisan turut ditawarkan oleh pelbagai agensi di bawah Kesuma seperti di 32 buah latihan dan institut latihan JTN serta program sistem latihan dual nasional yang disanakan di bawah JPK.

“Ia ditawarkan kepada para peserta yang berminat untuk mendalami kemahiran bersesuaian dengan minat dan latar belakang mereka. Menerusi inisiatif ini, graduan dan belia berpeluang mendalami kemahiran berkaitan pekerjaan mereka atau kemahiran baru sebagai persiapan mencari pekerjaan lain,” katanya.

Selain itu, menurut beliau Kesuma turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan keboleh pasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara melalui senerji dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta antaranya ialah platform pemprofilan MyNext, Kolaborasi Industri-Akademia, MyMahir Future Skills Talent Council, Young Employable Student.

“Insentif Latihan Amali Kesuma yang terdiri daripada program-program berikut di bawah TalentCorp, Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (National Structured Internship Programme – MySIP); dan Geran Padanan Latihan Industri untuk Industri Kecil dan Sederhana termasuk Syarikat Pemula (LiKES); serta Skim Latihan Industri (ITS) di bawah HRDC,” ujar beliau.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close