Negeri

Lelaki warga emas maut tersepit bawah bas di Sarawak

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Batu 12, Jalan Bintulu-Samalaju, Bintulu, Sarawak pada pagi Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 7.07 pagi yang melibatkan kemalangan sebuah motor dan sebuah bas sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Dalam kemalangan tersebut, mangsa dipercayai berada di bawah sebuah bas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah bas tersebut dan pegawai perubatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat pemeriksaan di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan operasi membersih jalan dari sisa kemalangan telah selesai dan setelah keadaan selamat dan terkawal, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dilaporkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close