Politik

Pang Sock Tao angkat sumpah sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu

Pang Sock Tao mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Khamis.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah tersebut dilakukan di hadapan Speaker DUN Selangor, Lau Weng San.

Dalam satu hantaran di Facebook, Sock Tao mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di KKB.

“Saya berjanji akan bekerja keras serta membawa suara rakyat di sidang DNS,” katanya.

Sock Tao, 31, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB pada Mei bagi menggantikan penyandangnya Lee Kee Hiong yang meninggal dunia akibat barah pada 21 Mac lalu.

Sock Tao menewaskan calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin serta memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi.

Related Articles

Check Also
Close