Politik

PM hulur bantuan kepada aktivis reformasi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada aktivis reformasi, Tan Chee Hoii atau lebih dikenali sebagai Tan Rambut Panjang ketika mewakilkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi beliau di kediamannya, baru-baru ini.

Menurut satu hantaran di Facebook, Tan kehilangan anak sulungnya pada tiga bulan yang lalu akibat sakit jantung dan pada masa yang sama beliau turut mengalami penyakit darah tinggi yang menggangu kesihatannya.

“Tiga bulan lalu saudara Tan telah kehilangan anak sulungnya akibat sakit jantung. Malah saya juga dimaklumkan keadaan kesihatan beliau juga tidak begitu baik apabila menghidap penyakit darah tinggi.

“Dalam ziarah ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi meringankan beban kos perubatan dan seharian beliau serta keluarga.

“Mendoakan saudara Tan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup disamping keluarga tercinta,” ujarnya.

Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Tan serta keluarga.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close