Sukan

Rizman Ruzaini pencipta baju perarakan atlet negara di pentas Olimpik Paris 2024

Kontinjen negara bakal memperagakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka tempatan, Rizman Ruzaini (RR) selepas telah disahkan bakal menggalaskan tugas selaku pereka cipta pakaian perarakan atlet Malaysia di majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.

Menurut, Chef De Mission (CDM) Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, busana yang diinspirasikan daripada baju Melayu itu bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Pakaian tersebut bertemakan baju tradisional dan baju Melayu. Pihak kami telah memuktamadkan reka bentuknya dan akan menunjukkan serta mengumumkannya tidak lama lagi,” jelasnya ketika sesi sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Duo fesyen Malaysia Rizman Ruzaini baru-baru ini menjadi bualan hangat selepas artis terkemuka antarabangsa, Lady Gaga dilihat memperagakan koleksi miliknya di persembahan Lady GaGa Jazz & Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat, pada bulan lalu.

Pada Oktober 2023 pula, RR pernah mencipta sejarah apabila busana mereka digayakan ketika acara Minggu Fesyen Dubai oleh supermodel legenda, Naomi Campbell.

Dengan pemilihan RR sebagai pereka fesyen rasmi atlet negara di perarakan temasya tersebut turut mencuri tumpuan dalam masa yang sama harapan tinggi diletakkan oleh masyarakat tempatan dalam menyaksikan pakaian atlet-atlet negara ekoran busana yang dipakai atlet negara di Olimpik edisi lepas dianggap berjaya mencuri tumpuan dengan pilihan corak dan warna yang unik.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close