Nasional

Anwar salur sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada bekas jurutera elektrik, Tan Men Heang yang hilang punca pendapatannya baru-baru ini.

Anwar diwakili Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang turut meluangkan masa menziarahi Tan Men Heang bersama isteri di rumah mereka.

”Saudara Men Heang kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri selepas diserang angin ahmar.

”Isterinya juga sukar untuk bekerja kerana menghidap masalah kaki yang menyukarkan dirinya untuk bergerak,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga menitip doa agar kehidupan Men Heang dan isteri diberi kesejahteraan dan mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Anwar turut memaklumkan sumbangan yang disalurkan adalah untuk meringankan beban kos perubatan yang ditanggung oleh Men Heang dan isteri.

Sesi Ziarah Madani tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ahli DUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close