Global

Anwar ucap tahniah kepada Keir Starmer

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar Parti Buruh yang dipimpin Keir Starmer, selepas berjaya memperoleh lebih dari 326 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Anwar berkata, kerjasama antara Malaysia dan Britain telah dipupuk menerusi hubungan yang terjalin erat sejak sekian lama.

Menurutnya, penyertaan Britain dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berupaya memperluaskan rangkaian kerjasama ekonomi serta meningkatkan kestabilan serantau.

“Perjanjian Pertahanan Lima Negara berfungsi sebagai asas untuk keselamatan bersama di samping meningkatkan kestabilan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang lebih rapat.

“Saya harap dapat bekerjasama dengan Starmer dalam membangunkan hubungan strategik baharu berdasarkan keterangkuman, kesaksamaan dan visi yang sama untuk masa depan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Untuk info, Parti Buruh UK memenangi 363 kerusi sebaik sahaja 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan dan Starmer bakal menggantikan Rishi Sunak sebagai Perdana Menteri baharu berdasarkan majoriti undian tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close